Wednesday, September 21, 2005


BAB 10 Sarawak

10.1 Latar Belakang Sejarah Sarawak

1. Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia .
2. Nama Sarawak berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak .
3. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh Sarawak .
4. Kewujudan manusia di Sarawak dikatakan bermula kira-kira 40000tahun dahulu .
5. Ini terbukti dengan penemuan beberapa peninggalan sejarah di Gua Niah seperti :
(a) Tembikar
(b) Kapak
(c) Pisau daripada batu
(d) Lukisan di dinding gua
6. Sarawak adalah salah sebuah negeri terawal yang diduduki oleh manusia di Asia Tenggara .

Pertalian Sarawak dengan Kesultanan Brunei dan Sulu

1. Sejak abad ke-15 , negeri Sarawak ditadbir oleh Kesultanan Burnei .
2. Kerajaan Burnei telah membahagikan pemerintahan Sarawak kepada beberapa unit jajahan .
3. Setiap unit jajahan ini akan ditadbir oleh seorang pembesar yang diberi kuasa autonomi seperti :
(a) Sungai Skrang – Ditadbir oleh Syarif Sahap
(b) Sungai Sarawak (Kuching) – ditadbir oleh Pengeran Mahkota .

**********************************************************************************************

10.2 Masyarakat Sarawak

Penempatan Pendudukan Sarawak

1. Di Sarawak terdapat 27 kumpulan etnik yang mempunyai bahasa , budaya , dan cara hidup yang berbaza .
2. Entik di Sarawak dibahagikan mengikut wawasan penempatan seperti :
(a) Pensisiran pantai
(b) Lembah sungai
(c) Daerah pendalaman
(d) Kawasan tanah tinggi

3. Namun kawasan yang paling padat penduduk ialah :
(a) Dataran Pantai
(b) Lembah sungai

(c) Kawasan antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah

4. Corak penempatan dan taburan penduduk yang berselerak menyababkan mereka tidak banyak berhubing dengan orang luar .
5. Oleh itu , setiap kumpulan entik akan membentuk indentiti kebudayaan yang tersendiri .
6. Antara kumpulan entik yang terdpat di Sarawak ialah :
· Iban
· Melanau
· Punan
· Kelabit
· Melayu
· Kenyah
· Kedayan
· Murut
· Bidayuh
· Penan
· Kayan


************************************************************************************************

Kebudayaan

Melanau

· Merayakan perayaan Kaul
· diadakan untuk menjamu ipok yang mengawal laut
· Supaya memperoleh tangkapan yang memuaskan dan selamat semasa berada di laut serta mengelakkan penyakit .

Iban
o Merayakan perayaan Gawai (Pesta Menuai )
o Antara jenis-jenis Hari Gawai
- Gawai Burung
- Gawai Batu
- Gawai Kenyalang
- Gawai Antu

o Tarian Ngajat akan dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran dalam pesta menuai padi .

Orang Melayu Sarawak

1. Terdapat kesenian tardisi yang
dinamakan bergendang

2. Hanya kaum lelaki yang menari , manakala
Kaum wanita bermain gendang sambil menyanyi dan berpantun .

3 Comments:

Blogger AnGeLa said...

This comment has been removed by a blog administrator.

5:03 PM  
Blogger AnGeLa said...

10.3 Kegiatan Sosiabudaya

Pendidikan

1.Penduduk bumibutera Sarawak menerima pendidikan formal dan pendidikan tidak formal .
2.Pendidikan formal
(a)Dijalankan di masjid dan sekolah agama .
(b)Kumpulan etnik yang beragama Islam akan diajr membaca al-Quran dan menulis Jawi .
(c)Pendidikan yang berkaitan hukum Islam seperti cara melaksanakan ibadat akan diajar oleh guru al-Quran , imam , dan lebai .

3.Pendidikan tidak formal
(a)dipeoleh melalui cerita-cerita lisan yang berkaitan dengan amalan dan kepercayaan turun-temurun
(b)Adat amalan yan masih diamalkan ialah cara-cara berburu dan memungkut hasil hutan .

Peratuan dan adat resam

1.Setiap suku etnik di Sarawak mempunyai adat resam yang tersendiri .
2.Adat resam ini perlu dipatuhi dan diamalkan oleh setiap anggota masyarakat .
3.Amalan ini menpunyai keunikan yang tersendiri mengikut sosialbudaya etnik masing-masing .
4.Masyarakat yang beragama Islam , cara hidup , dan adat resamnya adalah berlandasan ajaran agama Islam .
5.Namun bagi masarakat yang bukan Islam pula , mereka akan patuh pada cara hidup dan adat resam yang diwarisi turun-temrun .
6.Tuai rumah merupakan orang yang bertangungjawab untuk menjaga keselamatan dan keamanan di kawasanya .
7.Masyarakat bumiputera Saawak mempunyai tuai umah kecuali orang melayu .

8.Peranan tuai rumah :
(a)Menyelesaikan masalah seperti perkhawinan , penceraian , peraturan dan perayaan .
(b)Menetapkan tarikh Hari Gawai atau pesta menuai dan perayaan ‘Beranyi’ .
9.Kebanyakan masyarakat Iban , Bidayuh , dan Orang Ulu masih tinggal di rumah panjang .
10.Rumah panjang berfungsi sebagai sebuah perkampungan dan kaum-kaum yang tinggal di rumah panjang hidup seperti sebuah keluarga .
11.Ketua rumah panjang atau tuai rumah bertanggungjawab untuk menjaga keamanan di kawasannya .

5:08 PM  
Blogger AnGeLa said...

kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang.......

kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit.....

kata atuk,
KAWAN tu seperti air
terus mengalir.....

kata nenek,
KAWAN tu bak bulan
dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana....

kate sedare,
kawan tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!

kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata........

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian
bau je busuk tp sedap dimakan....

kata adik,
KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde.......

kata aku,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA
ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI
LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM
BISKUT!!!
dia tetap kawan...
tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan dia
selamanye dia ttp kawan aku..

5:34 PM  

Post a Comment

<< Home